Jawatan Tetap | Permohonan tawaran 4,914 jawatan tetap dibuka hari ini

2023-01-06 0

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan penawaran 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Permohonan itu dibuka bermula hari ini sehingga 21 Januari depan dan boleh dipohon menerusi portal www.moh.gov.my